Thursday 9 February 2012

A little something

This was written two years ago, March 10'.Enjoy :)

pandangan pertama kau kata aku sudah kau cinta
pada mulanya aku ragu
ragu akan cinta yang kau bawa
hairan sungguh makin lama kau aku izinkan mendekati hatiku
hati ku yang sebelum hadir dirimu diselubungi kelam dan rindu
langkah demi langkah kita ambil bersama
walau kadang ada terdetik bimbang akan kesilapan yang akhirnya aku bisa merana
aku merayu padamu kekanda
hatiku ini jangan kau persia
cinta dan manja hanya ku pinta
buat santapan kasih tercipta
tika ada sangsi dan curiga
jangan kanda tuduh tanpa usul periksa
kerana di sini adinda berkata
hanya kanda satu satu nya sang arjuna buat adinda
memang benar aku kurang matang
membuat keputusan tidak berfikir panjang
maafkan aku wahai sayang
tidak berniat untuk melalukan perkara terhalang
kerana sebenarnya aku memahami
jiwa terluka akibat perbuatanku sendiri
maaf dipinta harap sayang fahami
bahawa dinda cuma kurang bijak dalam menafsir soal hati
dinda di sini teguh berbicara
mengatakan bahawa kanda seorang yang dinda cinta
ayuh sudahlah berhenti bergaduh
adinda sudah tidak larat mahu mengeluh
mari kita mulakan muka surat yang baru
agar dapat bersama bahagia seperti dahulu

No comments:

Post a Comment